Wednesday, March 28, 2007

Wednesday, March 14, 2007

isu-isu semasa

  • Buang bayi fenomena jahiliah moden
(Berita Harian, 14 Mac 2007)

SEJAK kebelakangan ini, kes membuang bayi makin berleluasa di mana-mana saja dan ia amat menggemparkan kerana sikap mereka terbabit yang tidak mempunyai belas ihsan dan tanggungjawab.
Bayi yang tidak berdosa ini kebanyakannya adalah hasil daripada perhubungan luar nikah dilakukan pasangan muda.

Al-Quran dan Sunnah acap kali mengingatkan betapa nilai hidup makhluk Allah. Jangankan manusia yang menjejak kaki di persada bumi, janin dalam perut ibu pun walaupun masih pada peringkat proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.
Tanpa rasa belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup membuang bayi ke dalam tong sampah, semak, dan di tepi sungai untuk mengelakkan diri mereka dikesan.

Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan.Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah.

Allah Taala berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 yang bermaksud: ‘Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.”

Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu.

Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya Al-Quran” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Banyak isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada masa itu, mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga.Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang, jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari).

Baru-baru ini Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyatakan bahawa kes buang bayi adalah sebanyak 83 tahun lalu, meningkat berbanding 65 kes pada 2000. Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 22 kes pada 2000 dan 24 kes pada 2006. Daripada jumlah 83 kes dalam tahun 2006 di seluruh negara, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.Hakikatnya pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu menimpa selepas berlaku perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran yang dilakukan terutama melahirkan bayi di luar nikah. Jika pada zaman jahiliah, mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini, anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.Banyak kajian menunjukkan kehamilan di luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu seks semata-mata.Lebih malang lagi, kebanyakan bayi yang dibuang rata-ratanya bangsa Melayu, yang tentunya beragama Islam.
Kita rasa sedih kerana perbuatan jahiliah ini dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sepatutnya membangunkan tradisi modal insan dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.Perbuatan terlarang dan terkutuk ini seolah-olah memberi label buruk kepada umat Islam, walaupun dilakukan oleh segelintir manusia.Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah sarap.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36 bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.”Sepatutnya sebagai warga yang hidup di negara berdaulat, amat tidak wajar sama sekali ada yang terbabit dalam kes seperti ini kerana kita tidak lagi hidup pada zaman penjajah yang tertutup daripada ilmu kemanusiaan hingga menagih kefahaman tinggi dalam menginsafi diri sebagai insan dan hamba-Nya. Bahkan peluang terbuka luas kepada mereka memulakan penghidupan baru yang diredhai Allah dengan menghargai anak sebagai kurniaan Allah seterusnya menikmati kebahagiaan hidup di muka bumi Allah ini.
Peranan membendung gejala buang bayi bukan terletak di tangan pihak berkuasa dan jabatan agama saja. Ibu bapa perlu mempastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri-ciri Islam sejati. Budaya hidup bebas dan sekular bukan jawapan untuk melahirkan modal insan terbaik di negara ini.


Friday, March 2, 2007

SOALAN

SOALAN OBJEKTIF:

1. Secara fizikalnya, bayi berkembang pada umur berapa tahun?
a)1 tahun b)2 tahun c)3 tahun d)1 bulan

2. Bayi baru lahir mempunyai kepekaan yang tinggi pada
a)2 jam pertama
b)3 jam pertama
c)4 jam pertama
d)5 jam pertama

3. Bagaimanakah cara bayi belajar?
a) melalui media
b) melalui pembelajaran
c) melalui ibubapa
d) melalui permainan

4. Mengapa bayi baru dilahirkan hingga berumur 4 bulan menggerakkan kakinya apabila menangis?
a) kerana kekejangan
b) untuk mendapatkan perhataian
c) stimulasi dan kesan aktiviti penerokaannya
d) tiada jawapan yang betul

5. Mengapa tidak harus melindungi bayi dengan selalu mendukungnya?
a) bayi akan menjadi manja
b) membantutkan proses penerokaan bayi
c) bayi tidak mampu berdikari
d) bayi akan menangis teresak-esak

6. Pada peringkat berapakah deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna?
a) baru lahir
b)baru lahir- 4 bulan
c)4 bulan- 6 bulan
d)2 tahun

7. Pada peringkat apakah perkembangan fizikal bayi adalah stabil?
a)baru lahir
b)baru lahir- 4 bulan
c) 4 bulan- 6 bulan
d) 6bulan- 1 tahun

8. Tempoh perkembangan bayi
a)0-2 tahun b)0-3 tahun c)0-4tahun d)0-5tahun

9. Apakah yang dipelajari bayi semasa bermain anda bermain dengannya?
a) diri anda
b) dirinya sendiri
c) persekitaran
d) semua betul

10. Mengapakah harus berhati-hati semasa memilih permainan untuk bayi?
a)boleh akibatkannya tercekik
b)mungin bayi merosakkan alat tersebut
c)alat mungkin dibuang
d)semua betul

11. Bayi dilahirkan dengan
a)tangan lebih panjang
b)kaki lebih pendek
c)badan besar
d)kepala besar

12. Apakah turutan tumbesaran bayi?
a)dari atas ke bawah
b)dari bawah ke atas
c)bergantung pada bayi
d)dari mata ke hati

13. Selepas beberapa hari dilahirkan bayi akan kehilangan
a)10%dari berat badan
b)2%dari berat badan
c)5-7%berat badan
d)kekal sama

14. Menurut piaget pada peringkat apakah kanak-kanak mula tunjuk tanda kecerdikan?
a)peringkat I
b)peringkat II
c)peringkat III
d)peringkatIV

15. Bagaimana bayi berkomunikasi dengan orang sekeliling?
a)menjerit
b)menangis
c)senyum
d)bercakap

16. Menurut Arnold pada bulan ke berapa bayi mula senyum?
a)2 bulan pertama
b)bulan ke3
c)bulan ke4
d)bulan ke5

17. Menurut teori prikoseksual Freud rupa bentuk serta punca masalah personaliti individu itu berada pada
a)zaman kanak-kanak
b)zaman bayi
c)zaman remaja
d)zaman dewasa

18. Menurut Freud, apakah yang menggerakkan tingkah laku seseorang
a)perasaan
b)emosi
c)libido
d)hati

19. Apabila bayi dilahirkan, menurut Ffreud apakah zon yang terlibat?
a)anal
b)dubur
c)mulut
d)kubul

20. Pada peringkat mana ibu bapa harus mengajar toilet training?
a)dubur
b)anal
c)mulut
d)kubul

21. Bayi pada umur berapa mula mempunyai perkataan yang berangkai?
a)24 bulan
b)20 bulan
c)18bulan
d)16 bulan


SOALAN SUBJEKTIF

1. Apakah aktiviti permainan mudah yang boleh dilakukan dengan bayi baru lahir hingga 6 bulan?

2. Apakah yang faham tentang Paten Proximotistal?

3. Berikan 5 ciri fizikal bayi yang baru lahir.

Wednesday, February 14, 2007

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN

Perkembangan bayi terbahagi kepada:-

1- Fizikal
2- Kognitif
3- Sosial
4- Moral
5- Personaliti
6- Bahasa

Thursday, February 1, 2007

PENGENALAN


Secara fizikalnya, bayi berkembang pada umur 2 tahun pertama. Bayi berkembang pada berat dan tinggi. Perubahan pada kemahiran motor juga berlaku dengan cepat. Ini dapat dibandingkan dengan kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun.


Kadar pertumbuhan atau perkembangan bagi anak-kanak berbeza. Perbezaan dapat dilihat pada kanak-kanak kurang 2 tahun dan kanak-kanak yang sudah melebihi 2 tahun. Ibu bapa mesti sedar perubahan dan perkembangan fizikal pada anak-anak mereka. perkembangan ini dapat dilihat dengan jelas dan ia juga menandakan tahap kesihatan kanak-kanak itu.

Wednesday, January 31, 2007

PERKEMBANGAN BAYI

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.

BAYI BARU LAHIR HINGGA 6 BULAN

Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah seperti mana yang dibincangkan sebelum ini.
Belajar sambil bermain. Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan.
Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya.
Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:

. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui "eye contact" semasa bercakap dan bermain dengannya.
. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan.
. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.
Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun
mengakibatkannya tercekik.

Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah:

- Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.
-
Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya.
- Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan


Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat.
Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya.


Bayi 6 bulan hingga 1 tahun
Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:


. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapatkan alat mainan seperti drum, tamborin dan sebagainya.
. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di bawah tilam dan lihat reaksinya.

Thursday, January 25, 2007

PERKEMBANGAN BAYI (0 - 12 bulan)

Tahun pertama, bayi mula belajar dengan begitu pantas di sekelilingnya. Proses pembelajaran itu dialami secara semula jadi, menarik minatnya dan tindak balas kepada persekitarannya. Jadi inilah masanya untuk anda perlu tahu tentang bayi anda.

Perkembangan Fizikal

Bayi anda belajar tentang tubuhnya. bayi menyedari tangan dan mula belajar bagaimana untuk menggunakan tangannya. Dia juga mula belajar bagaimana untuk bergerak.